"Pemerintahan Sebelum dan Selepas Kolonial British"
Percubaan awal orang Eropah untuk membuka stesyen pentadbiran di Keningau ditentang oleh penduduk-penduduk tempatan. Ini berlaku pada bulan Mei 1896 apabila seorang pegawai syarikat berpiagam Borneo Utara British diserang oleh sekumpulan orang Kuijau dari Sungai Pampang. Dalam pertempuran tersebut, penduduk tempatan telah dapat dikalahkan dan ketua-ketua dipenjarakan. Akibat daripada serangan ini, pihak pemerintah telah memaksa penduduk-penduduk di sekitar Keningau untuk menunjuk ketaat-setiaan mereka terhadap pihak pemerintah yang telah mendirikan tempat kediaman mereka berdekatan dengan Stesyen Keningau. Pada tahun-tahun kemudiannya, Keningau telah berkembang dengan pesatnya dan dijadikan pusat pentadbiran Residensi Pedalaman.
Senarai Presiden/Pegawai Daerah
Nama-nama Presiden
Encik W.S. Holley 1960 -1961
Encik Roderick Maclean 1961 -1963
Encik E.J.K.Wickstead 1964
Encik J.P.C Burbrock 1964 - 1965
Encik Peter L.Regis 1965 - 1967
Encik Albert Watson 1967 - 1968
Encik Stephen D. Lee 1968 - 1971
Encik Alber Watson 1971 -1973
Hj. Abdul Halim Abbie 1974 - 1976
Encik Henry Mosiun 1976 - 1977
Datuk Thien Thau Kiew 1977 - 1979
Taraf Residen dimansuhkan pada tahun 1979
Nama-nama pegawai Daerah
YBH. Tan Sri Richard A. Lind 1962 - 1965
Encik Stephen D.Lee 1965 - 1967
Datuk Wahid Peter Andu 1967
Datuk Thien Thau Kiew 1967 - 1968
Encik Paul Lai Kui Seong 1968
Datuk James Ongkili 1968
Encik Fred Solibun 1969
Encik Goh Bee Leng 1969 - 1970
Encik Francis Wong Yu Ken 1970 - 1972
Encik Ahmad Hijazi Hj. Ismail 1972 - 974
Encik Joseph Lanjuat 1974 - 1975
Encik Abdul Rahim Hj. Mussaley 1975 - 980
Encik Benjamin Mohamad 1980 - 1982
Encik Uddin Dullah 1982 - 1984
Encik Talikop Lamsin 1984 - 1985
Encik Sari Suhut, ASDK 1985 - 1988
Datuk Cladius Roman 1988 - 1994
Encik Aamri Suratman 1994 - 1996
Encik Louis Rampas 1996 - 1998
Encik Michael Emban 1998 -
Penduduk Keningau
Penduduk Daerah Keningau adalah penganut berbagai ugama seperti Muslim, Kristian, Budha, Pagan dan lain-lain.
Mengikut banci tahun l991, penduduknya adalah seramai 89,517orang.
Komposisi kumpulan etnik warganegara Malaysia di Keningau adalah seperti berikut:
Bumiputera 83.6%
Cina 7.8%
India 1.0%
lain-lain 7.6%
SUMBER :
http://www.sabah.org.my/bm/daerah/daerah/pdm/keningau/ku-sejarah.asp